BUNUH ABANG KERANA HARTA PUSAKA

TANAH PUSAKA PUNYA PASAL

Abang 59 tahun mati dihentak dengan tong pemadam api oleh adik 48 tahun. Saya percaya apabila siapa yang membaca pasti terdetik dalam hati "tak akan berlaku kepada keluarga aku nanti pandailah anak aku uruskan" namun hakikatnya saban hari semakin banyak harta pusaka beku dan tidak dapat di selesaikan.

Sejumlah 66 Billion harta pusaka dilaporkan oleh Dato Samuri Hamin, Menteri Sumber Asli. Lebih menakutkan 90% dari 66 billion adalah milik orang Melayu Islam.

Hasil kajian membuktikan 'Sikap dan kejahilan waris' adalah punca utama kenapa harta beku (Prof Inayah, UIM)

Sikap yang bertangguh-tangguh menjadi punca kerugian apabila si pemilik harta meninggal dunia. Dari bertangguh dalam merancang oleh si pemilik harta sehinggalah bertangguh untuk bertindak mentadbir dan membahagikan harta oleh waris setelah pemilik meninggal dunia.

Walaupun ada hukum pembahagian pusaka iaitu faraid, tetapi ketidakadilan boleh berlaku jika harta itu tidak ditadbir dengan baik dan penuh amanah.

Perbagai kisah akan dibangkitkan kemudian oleh waris-waris samaada timbulnya pesanan, wasiat bahagi harta, transaksi jual beli yang mungkin akan dipersoalkan kesahihannya apabila tiada saksi atau dokumentasi yang dibuat secara betul yang boleh menjadikan keadaan jadi lebih rumit. Peranan orang ketiga juga boleh menjadi antara sebab tercetusnya ketidakpuasan hati.

Isu diatas yang dibangkitkan tanpa mengambil kira waris faraid sebenar dan hak yang ditetapkan menjadikan keadaan menjadi lebih rumit. Ini yang dirujuk sebagai kejahilan, bermaksud tiada ilmu pewarisan dari sudut pembahagiannya mengikut syarak (faraid, wasiat 1/3, hibah) dan ilmu pentadbiran mengikut sivil (proses mahkamah dan pejabat pusaka).

Jika perancangan pewarisan ditangguh tangguhkan kerana mungkin dianggap remeh oleh si pemilik harta, mengapa pula Allah menceritakan pembahagian pusaka secara panjang dan terperinci didalam surah An Nisa' ayat 11,12 dan 176.

Oleh itu, pemilik harta perlu mengambil langkah proaktif atau preventif melalui perancnagan awal semasa hidup agar pentadbiran dan pembahagian harta pusaka berjalan lancar selepas kematian dan harta pusaka itu dapat dimaksimakan manafaatnya untuk kejayaan dunia dan akhirat bagi pemilik, ahli waris dan semua umat Islam.

#rancangpusakakeluargabahagia
#kausarwealthmanagement
#rancangkeranasayang
#pusakaataupuaka
#teguhberjaya
#wasiyyahshoppebhd

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=627946887391266&id=426953997490557

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/05/14/harta-pusaka/

Kami sangat sangat risau tentang umat Islam yang kini tahap kesedaran mereka di tahap yang rendah. Jika anda berhasrat untuk mengurus dan merancang harta anda demi kesejahteraan keluarga anda, boleh hubungi kami. Kami sentiasa membantu anda.

Prihatin. Selesai. Menambah Nilai.

Hakim Nordin 011 2334 4099

Salam 1 Muslim 1 Pewarisan

Hakim Nordin
Pakar Pengurusan Harta Pusaka Islam
Kausar Wealth Management Sdn. Bhd.

Popular posts from this blog

SIAPAKAH WARIS FARAID ANDA?

ORANG YANG TIDAK BERKAHWIN

WARIS-WARIS YANG LAYAK MENERIMA PUSAKA KITA