TIADA NAMA DALAM GERAN
TIADA NAMA DALAM GERAN
Semasa hidup emak keluarkan modal separuh dalam pembelian tanah yang bernilai RM60,000. Namun dalam geran hanya tercatat nama si abang......
Semasa pembahagian harta pusaka si emak, si abang hanya berdiam diri, apabila di soal pasal pembahagian tanah yang di beli......
Adik-beradik lain tidak berpuashati...... masing-masing bertanya sesama sendiri bagaimana dengan hak mereka?
Mohon sahabat-sahabat bantu saya jawabkan samada adik beradik lain ada hak atau tidak?
Jika ada; hak itu di kira dari RM30,000 atau nilai semasa tanah?
Jawapan:
Mengikut apa yang tercatat dalam geran tanah itu kepunyaan abang semua sekali, walaupun si emak ada bagi sebanyak RM 30,000.00 semasa beli tanah itu.
Hak emak sebanyak 1/2 bhg itu hanya boleh diakui apabila abang tadi itu mengesahkan demikian.
Adik beradik yang lain kalau sekiranya nak menuntut juga dia kena buktikan bahawa emaknya ada memberikan wang kepada abang nya itu dengan tujuan membeli tanah itu secara berkongsi, bukti dalam bentuk dokumen adalah yang terbaik.
Sebab kadang-kadang kita tidak tau mungkin si ibu tadi bagi duit kpd abangnya tadi semasa hidupnya dengan lafaz bagi saja.
Sumber
Hj sulaiman kadimi
Penasihat Pengurusan Pusaka
Wasiyyah Shoppe Berhad