APAKAH ITU HARTA?

Assalamualaikum wbt

satu soalan. adakah tuan-tuan dan puan-puan  tahu apakah makna harta yang sebenarnya?

Harta yang boleh dimaksudkan adalah apa sahaja barang yang bernilai kepada pemilik tidak kira barang tersebut kecil atau besar.

"Maksudnya kalau jam, kasut, handbag mahal-mahal tu semuanya harta lah eh? ke saya salah?"

Ye betul tu, apa yang bernilai.  Koleksi jam tangan, lukisan-lukisan mahal, pinggan mangkuk yang dijadikan perhiasan, lampu-lampu cantik dan sebagainya itu adalah antara harta yang kadang-kala orang tak tahu pon tentangnya.

Selain itu, harta juga boleh dikategorikan kepada dua iaitu:


  1. Harta Alih
  • Harta alih boleh didefinasikan sebagai harta yang boleh digerakkan dan dialihkan.
  • Contoh: Kereta, motor, barang kemas, tunai, tunai di bank, saham amanah, akaun simpanan Tabung Haji, akaun pelaburan ASNB dan sebagainya.

  1.  Harta Tidak Alih
  • Harta Tidak Alih pula didefinisikan sebagai harta yang melekat di tanah dan tidak boleh dialihkan.  
  • Contoh : Rumah, Bangunan
Tapi kalau boleh pindah rumah mcm rumah di Kelantan tu kategori apa eh

Jawapannya ini adalah harta alih.


Anda ada kemusykilan ? Hubungi saya. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut


Salam 1 Muslim 1 Pewarisan
Hakim Nordin
011 23344099
Pakar Pengurusan Harta Pusaka Islam
Kausar Wealth Management Sdn. Bhd.


Popular posts from this blog

SIAPAKAH WARIS FARAID ANDA?

ORANG YANG TIDAK BERKAHWIN

WARIS-WARIS YANG LAYAK MENERIMA PUSAKA KITA