Assalamualaikum wbt sebelum saya nak menceritakan tentang apakah itu faraid, saya ingin membawa pembaca untuk berfikir sejenak. Adakah anda mempunyai ibu dan ayah? Adakah anda mempunyai adik-beradik? berapa ramai lelaki? berapa ramai perempuan? Adakah anda telah berkahwin? Jika anda telah berkahwin, adakah anda telah mempunyai anak? anak lelaki atau perempuan? KENAPA SAYA TANYA SOALAN SEPERTI DI ATAS? pernah tak anda terfikir, adakah anda layak menerima pusaka yang ditinggalkan jika salah seorang daripada ahli keluarga anda meninggal dunia? MESTI perkara-perkara ini pernah muncul dalam fikiran anda: Siapa sebenarnya yang layak terima pusaka ibu ayah/suami aku ni? Aku anak ibu ayah, mesti aku dapat lebih punya Takpelah, aku ni menantu je dalam rumah ni. tak layak pon nak tuntut harta arwah suami. TAPI!! Tahukah anda, apa itu pembahagian faraid? Pembahagian harta pusaka menurut Islam adalah selepas berlakunya kematian seorang muslim, dimana har...