WARIS-WARIS YANG LAYAK MENERIMA PUSAKA KITA

Assalamualaikum wbt

saya nak tanya satu soalan dengan anda.  Kalau saya tanya anda, siapa waris anda sebenarnya? apa yang bakal anda jawab?

saya pasti kebiasaan orang akan jawab seperti ini "waris saya isteri saya, anak-anak saya, ibu ayah saya lah"

tapi, tahukah anda bahawa terdapat 25 WARIS FARAID yang layak menerima pusaka anda bergantung kepada situasi atau keadaan anda.

tak percaya? baiklah, saya akan tunjukkan kesahihannya seperti dalam gambar rajah dibawah.


Okay jadi, apalah kena mengena waris faraid dan pusaka saya?

MESTILAH ADA KENA MENGENA. Ini yang menentukan apabila anda meninggal dunia, waris-waris ini yang menuntut untuk kepentingan masing masing. itu punca kes perebutan harta peninggalan si mati yang pada hari ni semakin teruk semakin parah dalam masyarakat kita. Ada yang sampai pukul memukul, bunuh-membunuh semata-mata untuk mendapatkan hak masing-masing walhal apa yang direbutkan sebenarnya tak layak pon untuk dia.

berapa sebenarnya pecahan yang diterima eh?  Saya ceritakan secara asasnya jumlah pecahan untuk waris yang paling dekat dengan kita iaitu:



  • HAK IBU : 1/6
  • HAK AYAH : 16
  • HAK ISTERI (ada anak) : 1/8
  • HAK ISTERI (tiada anak) : 1/4
  • HAK SUAMI (ada anak ) : 1/4
  • HAK SUAMI (tiada anak) : 1/2
  • ANAK LELAKI : ANAK PEREMPUAN : 2:1
hmm.. macam mana nak kira faraid saya eh? 

Takpe jangan risau. saya boleh bantu anda. anda boleh isi form faraid yang boleh anda dapatkan daripada post saya terdahulu atau terus berhubung dengan saya. saya akan bantu anda untuk mengira faraid anda.  Mudah kan?

Akhir kata, anda bertanggungjawab terhadap KELUARGA anda sendiri. Urus dan rancang harta anda untuk mengelakkan pergaduhan di kemudian hari.


Salam 1 Muslim 1 Pewarisan

Hakim Nordin
Peruding Harta Pusaka Islam
Kausar Wealth Management

Popular posts from this blog

SIAPAKAH WARIS FARAID ANDA?

ORANG YANG TIDAK BERKAHWIN